Jumaat, 30 Disember 2011

Good Baii 2011


Haiii. Assalamualaikum ^.^
Cantik tak gamba kat atas tuh ? Aku buat sendiri okayy, puji lah sikit. Penat aku buat tau, hmm. Tak nak puji dah lah. Hahaha. Akhirnya 2011 kita nak tiba ke penghujungnya kan. Hari ni adalah hari JUMAAT yang akhir untuk 2011. Hmm, mesti banyak kenangan pahit dan manis kan masa 2011 ?? Kalau Yatt, Yatt lebih banyak kenangan pahit. Banyak dugaan yang perlu Yatt tempuh. Dengan ujian yang Allah berikan, telah mengajar Yatt erti kesabaran. Hihi #ayat macam drama petangpetang tu kan ? xD Hmm, secara jujur Yatt tak biasa guna nama 'YATT' untuk jadikan bahasa dalam blog ni. Macam kelakar, Haha. Lagipun bukan semua kenal Yatt kan ? Jadi tak salahkan Yatt guna bahasa 'AKU' ?? Jangan marah okayy, bukan nak kasar tapi lebih okayy guna bahasa 'AKU' kott. Yelahh, blogger kan seolah diari. Anggap jelah awak-awak semua sedang membaca diari seseorang bila baca or singgah blog Yatt ni okayy ? Hahaha :)

Hmm. Akak-akak dan abang-abang yang baru lepas spm tuh mesti rindukan tahun 2011 ? Yelahh, lepas ni tak ada dah keluarkan ayat-ayat budak-budak sekolah dah, semua meningkat dewasa. Semua buat hal masing-masing dah lepas ni. Tak bangun awal dah siap-siap pergi sekolah, gosok baju sekolah, basuh kasut sekolah. Macam-macam lah, mesti rindukan ? Hihi xD Then, tak tengok dah perangai adik-adik kat sekolah buat kerenah yang korang cakap macam budak-budak tak cukup akal tuh. Hahaha
tapi itulah perangai kita orang. Bukan apa, nak manja kononnyaa. Huahuahua 

Aku pun dah meningkat dewasa jugak, tahun depan aku dah form 4. Hmm, lagi sikit nak jadi senior ! Ohh TIDAKK !! Aku tak sanggup nak hadapi semua tuh, aku rasa nak kembali ke alam kanak-kanak. Best !! Yang fikir masa tuh adalah main, makan & tidur. Tapi yang banyaknya main lah. Haha, best je kan ? Waktu kanak-kanak lah waktu yang sangat best. Apa yang diminta pasti dapat. Nak mainan ? Nak coklat ? Nak teddy bear besar ? Semua dapat, cuba sekarang kalau kita minta tu semua, mau tak kena bebel. Haha, terpaksa lah guna duit sendiri yang dikumpul setiap hari. Hmm, aku takut nak masuk form 4 nie sebab aku tak pasti lagi cita-cita aku ! Haa, teruk kan ? Dulu aku cita-cita nak jadi POLIS ! Haha, kelakar kan ? Tapi abah aku marah, dia tak bagi aku dengan abang aku jadi polis. Dia cakap biar jelah dia jadi polis. Sebab jadi polis tuh susah, banyak rintangan & dugaan yang datang. Hmm, aku pun mengalah lah  #cuma abang aku sorang je terus nak jadi polis. Sekrang dia masih belajar form 6. So aku tukar pulak nak jadi DOKTOR Hahaha, macam tak takut darah je kan aku ni ? Okayy, aku memang tak takut darah but if i want to treat sick people i feel sympathy :( Sebab tu aku tak boleh jadi doktor, lagi pun aku mana pandai sains. So aku tengah keliru nak pilih apa. Tapi jiwa aku seni. Hewhew ._. Ehh, kalau aku jadi DOKTOR CINTA pun okay jugak kan ? Haha, berangan :P

Okayy, stop story about my ambition. Hmm, azam korang apa ekk tahu depan ? Ehh, tinggal lagi sehari je nak masuk tahun depan. Haha, azam aku nak jadi BUDAK PENDIAM & BAIK. Fuhh, semua cabar aku weyh ! Dia orang tak tahu, dulu aku pendiam tau ? Oleh kerana kawan dengan dia orang lah aku jadi bising dan mulut agak laser. Yelah, kan aku ada tahi lalat dekat dengan bibir so laser lah sikit mulut aku tapi dengan orang yang buat jahat dengan aku jelah. Kahkahkah, seriously kawan-kawan aku semua mulut laser kot. Hahaha, okayy sorry kawan-kawan aku xD Walaupun mulut laser dia orang baik okayy </3

Ohh yaaa, dalam cerita panjang-panjang lebar ni lupa pulak aku nak tanya. Kau orang dah beli barang sekolah belum ? Haha, aku belum lagi lah xD Tak tahu kenapa tahun ni last minutes baru nak beli barang tapi tak beli-beli lagi. Kihkih xD Esok kot baru aku beli barang sekolah. Aku pegi Kluang, siapa nak ikot ? Meyhh number phone kau orang aku contact jumpa kat mana esok. Haha, insya-Allah kalau panjang umur & murah rezeki aku beli barang sekolah esok ! So SHOPPING lahh </3 


Dah panjang berjelar aku bercerita kan ? Mesti bosan dah, haha. K chaww. Baii. Assalamualaikum :)


Sabtu, 24 Disember 2011

Result :'(

Assalamualaikum readers ^.^
Okayy, sorry sebab dah lama tak update blog. Kalau korang singgah blog aku mesti tengok entry yang sama je kann ? Maaf sangat wakk ! Kita tak ada mood lahh nak update, sebab kita sebok nak amik result pmr kita. Hmm, kita takot jadi kita tak ada masa nak update blog. Sorry ye wak :'(

Okayokayy, kita hari ni nak update tentang result kita. Tapi result kita tak lah bagus macam result orang lain. Orang lain semua dapat 8A, 9A bagai. Kita dapat 3A je wakk ! Nak buat acano, itu jelah rezeki kita tahun ni. Tak apa, tak apa, Allah tuh Maha Adil kann ? Nanti kita mesti berjayaa. Hikhik :D
Ohh yaa, kawankawan yang amik result jugakk dapat berapa A ? Result awak-awak semuaa mesti bagusbagus kenn ? Hmmm, syukurlahh :')
Ramai orang cakap tak semestinya kita kalah sekali kita akan kalah selama-lamanya. Suatu hari nanti pasti kita berjaya. Cuma kita perlu berusaha dengan lebih gigih. Jangan sedih-sedih okay kawankawann :')

Haa, kawankawan yang dapat result yang cemerlang tuhh dapat present apa dari parents ? Mesti barangbarang yang berharga dan best kann ? Untunglahh, kita dapat senyuman je dari mak kitaa. Tak apa lah, senyuman tu pun dah memadai daripada kita kena marah kann ? Tapi kita ada cakap dengan mak kita dulu masa sebelum pmr, kita cakap kalau kita dpat 1A kita nak motor scooter ! Hikhik, mak kita pun cakap bole. So, tahun depan kita dapat lah motor ! Haha #berangan lebih. Harap-haraplah jadi kenyataan. Hoho, hebatkan saya ? Lain kali cakap macam tuh tau dengan mak ! Gerenti mak bagi punyaa. Haha, kalau dapat 8A tapi dapat makan kat kfc or mekdi bagai buat jadah benda kann ? Baik minta benda yang bole bawa kita ke mana-mana ! Haha :D Okayy, jangan tiru perangai buruk saya ni, saya acah jee :P

# kita nak scooter macam ni. mesti omey kenn ? Hikhok n_n


Hari tuh, masa hari nak amik result. Hujan turun tak berhenti-henti dari malam tuh. Ingat lepas amik result tuh nak hang dengan membew pergi expo kat tepi pantai tuhh. Sebab skolah yatt pong dekat dengan pantai tapi oleh kerana hujan turun so kita orang tak jadi hang ! Hmm, baru nak  lepaskan tension dapat result yang tak dapat nak membanggakan parents tuh --' Alih-alih tak jadi hang, nak buat acano tak ada rezeki kita orang hari tuh nak lepaskan rindu. So redha jelahh :')


# ni gambaa kita masa balik dari amik result. hikhok </3

Jumaat, 9 Disember 2011

Saya Di Tag.

Assalamulaikum ^.^
Hari ni saya update blog lagi ! Hee, saya di tag olehh kawan baru kot Ehh Dyy. Salam perkenalan, kenal pong kat facebook je. Okayy, cukup sampai disitu kisah aku dan Dyy :') 


*Syarat-syaratnya :
                
  • You must post these rules. Each person must post 11 thing about themselves in their journal.
  • Answer the question the tagger set for you their post. And create 11 news questions for people you   tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  • No tag back.
  • No stuff in the tagging section about " You are tagged if you are reading this. " You legitimately ( a.k.a really, trust, with all honesty ) have tagged 11 people.   



Eleven things about me: 
                              
# Aku seorang remaja yang baru nak matang. Haha --'
 # Aku suka kenakan orang. Hihi
# Aku suka garu kepala bila orang membebel kat aku. Haha *mengangjing kot
# Aku suka tengok orang sampai orang tuh tengok aku balik. Haha xD
# Aku suka buat bodoh bila orang cakap dengan aku. *okay ni jahat ^.^
# Hidung aku sensitif so aku tak bole bau busuk nanti nak muntah :x
# Aku suka dengar lagu jiwang. *macam lelaki pulakk >,<
# Aku tak suka orang tua gatal. Nak sekeh je kepala dia rasa @.@
# Aku suka minum air mineral, soya bean and milo ais. Hihi
# Aku suka melepak dan gosip dengan kawankawan dan mak aku o.O
# Aku suka tengok lelaki pakai baju melayu dengan kemas ! Rasa nak pergi kat dia ajak kawin. 
Hikhik *gatal --'
# Aku sukaa.... Ehh, dah cukup sebelas ekk ? Alahai, sikitnyaa :'( lain kali letak banyakbanyak. Haha, banyak tentang aku, aku bole cakap. Hohoiii </3


Masa untuk jawab soalan :

1. Korang rasa mana pergi Najib punya rambut yang lain ?
 : Umur dah lanjut so gugur kot. Haha *soalan agak bahaya --'

2. Siapa yang korang sayang ? Sebab apa pilih dia ? Why kenapa whyy ? :P
 : Mak sebab mak dah korban segalanya untuk aku :')

3. Apa yang korang impikan ? Nyatakan 3 sahaja.
 : Aku nak beli camera Nikon dengan duit sendiri. Haha
 : Aku nak pergi jalanjalan seluruh dunia. Cewahhh </3
 : Nak ayah baru bole ? Hahaha ;')

4. Suka binatang apa ? Nyatakan mengapa.
 : Kucing sebab dia comel dan aku bole main misai dia sampai dia jeritt 'MEOOWWW'. hihi

5. Tisu dengan tuala. Mana korang pilih ? Kenapa ?
 : Tisu sebab aku suka habiskan tisu kat kedai orang. Haha *aku rajin tolong orang tuh lap meja :')

6. Teringin tak jadi artis ? Nyatakan 2 sebab.
 : Tak sebab banyak gosip dan kontroversi. haha
 : Aku tak pandai nyanyi --'

7. Single or taken ?
 : Single. Hihi xD

8. Suka makan pedas ?
 : Suka juga sebab kalau tak ada pedas tak syokk ! </3

9. Warna apa yang korang tak suka ? Kenapa ?
 : Warna merah yang mantul sebab sakit mata aku tengok, lagipun kalau lalu dengan lembu nanti lembu tuh    kejar aku. Haha

10. Agak-agak umur berapa korang nak kawin ? And nak buat anak berapa ? :p
 : Hmm, umur 26 tahun kot. Haha * lambat gila --' anak ? 2 orang cukup. Hihi

11. Korang aktif sukan ?
 : Aktif dalam senyum dan kena kan orang ! Senyum pun sukan jugaa :')

# Fuhhh. dah siap dah soal jawab. Hihi xD


Soalan temu duga untuk korang pulak :

1. Korang rasa korang comel tak ? Bagi 3 sebab.
2. Korang pernah sedawa kuat-kuat tak lepas makan ? Bila ? Kat mana ?
3. Korang tidur macam mana ? Kenapa mcm tuh ?
4. Korang selalu mandi lambat tak ? Sebab ?
5. Kalau korang dapat nyanyi dengan Greyson. Korang nak nyanyi lagu apa ?
6. Apa korang buat mula-mula buka facebook ?
7. Mak korang nyanyi sedap tak ? Agakagak macam siapa ?
8. Kenangan pahit korang apa ? Nyatakan 3 sahaja.
9. Korang ada sifat ketagih bau sesuatu tak ? Apa dia ?
10. Korang pernah menaip sambil tidur tak ? Haha
11. Korang pernah pakai kain batik or kain pelekat pergi bandar ?

# Aku tahu soalan aku memang tak masuk akal. Haha, okay relax ! Suka-suki jee. Jawab jangan tak jawab. Haha xD


Mangsa kena tag :



Okayy. dah selesai kerja aku ! Tiga jam kot aku buat kerja ni. Haha xD
So masa untuk korang pulakk buat benda alah nie okay :')
Good Luck ^.^


Khamis, 8 Disember 2011

Bahasa Kita

Assalamulaikum ^.^
Nampak tak tajuk entry aku ? Tak nampakk ? Alahaii, pegi cari cermin mata sana. Hihi </3 
Okayy, sebenarnya aku nak cerita tentang bahasa yang kita gunakan ! 
First, aku nak tanya korang dulu ! Korang pernah pergi mana-mana or tolong mak korang kat kedai ke or tak kisah lah kat mana pon, ade orang yang lebih tua dari korang tapi dia panggil korang 'KAKAK or ABANG' ! Ada takk ? Mesti ada kann ?? Kalau ada 5 orang yang baca blog aku ni mesti 1 orang je yang tak pernah kena . Hihi. Contoh lah kalau kita kena macam tuh, mesti kita maki orang tuh kann ? Paling kurang pon mesti kita cakap macam ni " Heyyy, aku muda dari kau lahh ! ". Mesti cakap macam tuh. Haha, tak pon seakan-akan dengannya laa. Haha xD


Aku gentle lah aku pernah kena macam tuh dan aku pernah cakap macam tuh ! Haha ._. tapi aku cakap dalam hati jelahh </3 Aku kena tuh pun masa aku tolong mak aku kat kedai ! Wuuuu, sediss jugaa lahh bila orang panggil aku kakak :'( padahal aku adikk. Hahaha #sambil buat muka comel n.n Cehhh, macam comel sangat kann ? Haha, okayy abaikann :) Mak aku ada cerita yang pekerja mak aku pun pernah kena macam tuhh, terus muka dia orang berubah macam nenek kebayan ! Haha, sungguh buruk eihh ! Tapi mak aku ada cerita lagi, kadangkadang ada lelaki umur baya abang aku 18 tahun pun pekerja mak aku panggil abang ! Alahai, mak aku cakap macam dia tuh muda sangat, cubalahh panggil adik kann ?? Umur 30 lebih ada hati nak jadi muda. Haha


Mak aku ada cakap, kadangkadang orang yang tua sikit dari kita tapi dia panggil kita kakak atau abang tuh adalah bahasa dia untuk kita. Yelahh, takkan dia nak panggil kita "KAU". Haa, tak ke kurang ajar namanya tuh. Sebab tu lahh orang panggil kita KAKAK atau ABANG walaupun dia lebih tua dari kita. Itu adalah sebagai bahasa dia untuk kita :') Jadii, kalau ada orang panggil kita KAKAK atau ABANG, janganlah marah okay sayangsayang semua. Hihi :*
Tengok macam aku tak ada bahasa, tulis kat blog guna bahasa 'AKU'. Hihi, dah biasa wak, nak buat macam mana. Tak apa, nanti entry aku lepas ni aku guna bahasa 'SAYA tak pun NAMA aku je' Okayy ? Kalauu akau lupaa nak ubah bahasa aku, tolong ingat-ingatkan ye kawankawan :') Aku ni pelupa sikit :'(


Ikhlas dari Khairiati </3

Sabtu, 3 Disember 2011

Tutorial #4shared

Assalamualaikum readers ^.^
Okay. Hari ni aku nak update tentang 4shared yang dah berubah rupa. Bukan setakat 4shared je youtube pun dah berubah kan ? Hee. Cuma facebook je yang tak berubah. Haha, okayy abaikan kisah tuh.
Ada orang tanya aku " Akak, akak tahu tak macam mana nak download lagu kat 4shared ?? " Sememangnya  semenjak 4shared dah berubah rupa nie, nak download lagu pun susah ! Aku pun dulu tak tahu, yelahh dah lama tak download lagu. Bila bukak je 4shared tengok dah lain. Haha --' Then, malam tadi akak sedara dari Melaka balik sini, so tanya lah dia tentang 4shared tahu tak macam mana nak download, dia pun terangkan lahh kat aku. Tuh yang aku tahum, hihi TERIMA KASIH KAK IELA. So tak payah buang masa aku ajar korang download lagu kat 4shared ekk kepada yang tak tahu lah, yang dah tahu tuh buatbuat tak tahu jugak lah, tak pun duduk diamdiam je. Okay ? Bagusss :')


First, korang bukak lah 4shared macam biasa seperti gamba di bawah nie :

Haa. lepas dah bukak pandaipandai koranglah nak taip lagu apa yang korang nak download 
dekat carian fail tuh. Dah siap cari semua, nanti akan keluar macam gamba kat bawah ni. Okay, nampak tak benda yang aku bulatkan merah tuh ? Haa, korang tekan benda tuh. 
#kalau tak nampak, pandaipandai besarkan. hihi



Lepas korang dah tekan benda tuh, nanti akan keluar macam gamba kat bawah ni pulak kan ?
So, korang tekan kat slow download seperti aku bulatkan warna merah. Tunggu beberapa second.
 Lepas tuh, baru korang tekan muat turun yang aku bulatkan warna merah jugak. 
Tak paham tengok gamba kat bawah :


Bila dah tekan muat turun tuh, so lagu korang akan download ke dalam file computer korang macam biasa. Okay, dah siap ! Kalau korang tak paham dan ada pertanyaan bole tanya kat Yatt Cerry Strawbery okay readers semua. Hihi :'D


Terima kasih kepada yang membaca blog aku yang selalu merepek ni ! :')