Jumaat, 6 Julai 2012

Number One For Me.



Sambil sepit-sepit kuku dengan harapan dapat pahala lebih sebab sepit pada pagi jumaat yang mulia ni, aku pun terfikir sesuatu. Sesuatu yang mungkin ramai pernah fikir, dan mungkin juga tidak sebab sebok dengan hal dunia. Hahaha, k jahatkan aku ? sila ambil lapan biji strawbery dan balik kat aku. Korang pernah terfikir tak macam mana kalau emak korang dah meninggal dunia bagi yang still ada mak ? Mesti sedih right ? Makin sedih kalau orang memang yang dah tiada mak sejak kecik lagi. Haisshh, mesti sedih campur jealous gila bangangkan sebab tak pernah rasa kasih sayang seorang mak sejak kecil. Hmm, sedihnyaaa sambil buat muka penyek. Tak tahu muka penyek macam mana ? Cuba korang pergi kat mak korang then suruh dia penyekkan sambal belacan kat muka korang. Haa, lebih kurang macam tuh kot muka penyek. Hahaha, aku pun tak tahu sebenarnya, bedal je. Kekadang aku fikir jugak kalau mak aku tak ada nanti suatu hari nanti. Sebab aku ni jenis rapat jugak dengan mak aku. Ke mana mak aku pergi, mesti aku ikut tak pun aku tanya mak aku nak pergi mana kalau agak-agak dia nak pergi jalan. Tapi kalau dia pergi toilet tuh aku tak ikut lah. Kejadahkan aku nak ikut sekali. Ada kena smackdown dengan mak aku. Sia-sia patah tengkok, koma sebulan. Aniaya je hidup beb. Aku pun terfikir dosa aku yang agak menggunung tuh dengan mak aku. Sebab aku ni spesies yang suka merajuk dengan mak. Pelik right ? Rapat tapi kuat merajuk. Haa, tu lah korang tak tahu. Aku ni pandai merajuk tapi tak pandai pujuk orang. kalau aku ada buat orang tuh merajuk mesti aku suruh kawan aku yang lagi sorang tolong pujukkan sebab aku tak pandai pujuk. Tak pun aku akan buat muka seposen je sebab pikir ayat macam mana nak pujuk orang, kadang-kadang aku putarkan belitkan cerita dengan aku buat-buat merajuk so orang tuh akan pujuk aku balik. Haa, nampak tak permainan dia ? hahaha, so aku tak payah pikir ayat dah macam mana nak pujuk orang tuh. 

Selalunya aku merajuk dengan mak aku sebab kekadang dia tak bagi apa yang aku nak tak pun kata-kata dia tuh buat aku sedih. Hmm, mesti korang cakap kan, 'ala yatt ni nak suruh mak jaga hati dia je tapi dia tak reti nak jaga hati mak.' Okay, memang  kekadang aku ni kejam sikit, ehh sikit je okayyy tapi aku ni baik jugak tauu tauuu. Tapi aku ada terfikir juga apa yang korang nak cakap tuh, sebab tuh lah aku cuba ceritakan dekat blog yang tak berapa ramai readers ni. Kekadang kita pikir perasaan kita je kan ? Kita tak pernah pikir perasaan mak kita. Yelah, hati mak kita mungkin lagi cepat tersentuh dengan kata-kata kita walaupun kata-kata tersebut sbagai gurauan. Manusia kan ? So banyak kelemahan dan kelebihannyaa dan dia jugak ada hati dan perasaan yang perlu kita jaga. Kita sebagai anak ni perlu sentiasa jaga kata-kata semasa bercakap dengan emak ke, mesej dengan emak ke dan sewaktu dengannya lah. Sebab dalam Islam kalau kita cakap 'AH' je dengan mak kita, dah tercatit satu dosa tau. Hehh, betul ke tercatit satu dosa ? Hmm, tak apalah yang penting dapat dosa sebab kita berkasar dengan mak. Jadi kalau bercakap tuh kena ingat ye kawan-kawan ku. ingatan untuk kawan dan diri sendiri jugak.semua orang buat silap.

Then, kekadang kita mesti malas kan nak buat kerja kalau mak suruh. Tahu nak online, main game, tengok tv tak pun tidur sampai letup bom kat sebelah pun tak dengar. Haa, itu orang panggil tidur mampus tak pun bahasa sopan sikit tidur mati. Hahaha tapi kalau kita tidur itu kira kita mati jugak apa tapi seketika jelah. Kekadang aku pun malas jugak nak buat kerja yang mak aku suruh buat tapi dalam malas-malas tuh aku tetap buat juga tau. tetap buat ! Walaupun agak lambat membuatnyaa. Alaa, asalkan buat. Huahua, jahat betolkan aku. Ish-ish apa lah aku ni. k sila hempok aku guna kayu. Ehh, jangan ikut cara aku tak baik tau buat mak macam tuh sebab korang bayangkan dia dah penat-penat sampai putus urat-urat dia nak lahirkan korang, besarkan korang, bagi susu kat korang time korang merengek macam apa tengah-tengah malam, then bila besar korang malas nak tolong mak pulak kan ? Kalau kena sekeh aniaya jeh benjol macam dalam gambar kartun bila kena sekeh je benjul sikit punya besar dia lukis. hahaha, nampak sangat menipuu. Haa, bila aku nasihatkan korang mesti korang cakap macam ni ' Cehh yatt ni nasihatkan orang je lebih tapi dia pun sama.' Heii, aku nasihatkan korang supaya jangan jadi macam aku lah dan aku nasihatkan untuk diri aku jugaa supaya tak ulang salah yang sama je. 

Tapi selalunya kalau aku tengah merajuk atau malas nak buat apa yang mak aku suruh buat mesti aku pikir balik macam mana kalau aku dah kawin lepas tuh dapat anak dan anak aku buat macam tuh dekat aku. Mesti aku menangis melalak macam orang gila kan ? Dah lah aku ni jenis cepat jugak kecik hati kalau ada orang buat cakap kasar sikit dengan aku tapi kadang-kadang jelah. Kalau aku tengah rockersss tuh aku tak ambil kisah punggg orang nak cakap apa dengan aku. Lantak depa lah sebab aku pun kekadang kasar jugak bila cakap dengan oranggg. kihkihkih. So bila aku pikir-pikir balik, cepat-cepat aku baik dengan mak aku dan aku buat kerja yang dia suruh sebab aku tak nak hati mak aku terluka dan kalau boleh aku tak nak 'KALAU' mak aku meninggal dunia dalam dia kecil hati dengan aku. Dan aku tak sempat nak minta maaf dengan diaa. Ohh, aku tak nak perkara itu terjadi. Hmm, aku tak dapat bayangkan macam mana hidup aku kalau mak aku tinggalkan aku, okayy aku tahu setiap orang pasti akan merasa mati tapi akuu tak nak susahkan abang aku untuk jaga aku macam mana mak aku jaga aku. Hmm, tak bersedia lagi nak hadapi itu semuaaa :'( Tapi cikgu aku selalu pesan dekat aku kalau kita ada buat mak kita menangis atau mak kita tengah marah dekat kita. Kita pergi dekat mak kita, peluk dia dan bisik kat telinga dia cakap ' TERIMA KASIH MAK SEBAB TELAH MENYUSUKAN SAYA SEWAKTU KECIL SEHINGGA SAYA KENYANG.' Lepas tuh mesti mak korang tak jadi marah punya sebab dia terharu dengar anak dia cakap macam tuh. Jadi sama-sama lah kita jaga hati dan perasaan mak kita. jangan buat dia marah dan menangis sebab perangai kita yang degil mengalahkan daun keladi. 

Harap korang enjoy baca entry aku ni dengan nasihat yang agak merepek tapi korang paham-paham sendirilah sebab diri aku pun ada kesalahan jugakk. Nasihat untuk diri aku sendiri dan korang yang membacanyaa. Enjoy dengan entry minta penampar orang ni. Hee. Jangan lupa bagi kaum adam pergi solat jumaat. Jangan suka lewatkan pergi masjid, kurang pahala nanti. Hee, kaum hawa pulak jangan lupa solat. Salam semuaa.



NOTE : SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.