Rabu, 26 Disember 2012

Nasib Malang

Haii koranggg !! Cuti sekolah nak berakhir dah weyhh. Bagi budak sekolah tuh mesti sakit hati kan dengan ayat aku tuh kan ? HAHA, lepak ah. Aku pun budak sekolah lagi. SPM beb next year. Sheraammmmm nih xD ohh yaa. Aku malas nak cerita pasal sekolah tak ada mood lagi. Teheee xD Sebenarnyaaa ada something yang berlaku dua hari nih. semalam dan hari nih. semuanya menyakitkan hati kot dan rasa nak terjun dalam kolam yang penuh coklat je. biar stress hilang. bagus tau makan coklat time-time stress tapi janganlah makan bnyak sangat. ada masuk hospital operation keluarkan balik coklat yang dimakan tuh. sebab terlampau banyak makan. hahaha, kayy jangan percaya pulak. sesiapa yang lakukan jangan salah kan aku. ada kena hempuk dengan periuk kang.
*gambar hiasan sahaja. hahaha

Semalam : dalam pukul 10 pagi aku keluar rumah dengan akak sedara nak pergi tempat lesen. sebab aku nak test computer kawan aku lagi dua orang dah selamat ada lesen L dah. Aku je lambat naik flight. hahaha. tapi sebelum pergi sana kitaorang singgah kedai computer kejap sebab nak hantar laptop untuk format. bercucu cicit cecot dah virus dalam lappy masing-masing. hahaha, kita orang just format je antivirus beli kat internet sebab lagi murah dan macam okayy. bila dah siap pasal lappy terus pegi tempat lesen. tengok-tengok sikit je orang ada. tak kisah lah so terus masuk dalam pejabat. 

tanya akak kaunter.
Aku : kak nak test computer?
Akak kaunter 1 : hari nih tak adalah dik, esok ada
Aku : pulak dah ? hmm. tak apalah. terima kasih
Akak kaunter 1 : Sama-sama.

terus blah dengan kecewanya. cewahh. hahaha. lepas tuh 
Akak sedara : nak pergi mana nih ?
Aku : pergi tengok wayang ke, shopping mall ke. nak ?
Akak sedara : kalau ada benda tu semua kat Mersing nih senang pulak. hahaha

dah tak tahu nak pergi mana terus singgah Pasaraya Kini, teman akak sedara beli beras. then dia suruh aku beli barang sekolah sekali oleh kerana aku tak beli satu apa pun. aku pun beli baju sekolah yang dah siap. dah 2 tahun aku pakai baju sekolah yang dah siap. malas punya pasal nak beli kain sekolah. nasib lah time tuh aku ada bawa duit. senang beli sekali. dah beli baju sekolah pergi bandar pulak cari kasut. masuk kedai kasut tuh akak sedara tunjuk satu kasut kulit. dia suruh beli senang tak payah basuh lap je kalau kotor. hahaha, aku pun yang malas nih beli lah kasut tuh dan beli 1 kasut sekolah yang biasa.yelah buatnya cikgu cek then tak boley pakai mati kau kat situ. hahaha tapi aku tengok budak lelaki buat lek je pakai xD

Hari ini : dalam pukul 10 pagi jugak aku keluar pergi tempat lesen lagi. hari ni ramai orang. biasalah hari rabu kan. orang test jpj. dah sampai sana masuklah pejabat dia. cakap dengan akak kaunter tuh

Aku : *bukak pintu. Assalamualaikum :D
Akak kaunter 2 : Waalaikumsalam.
Aku : Kak, nak test computer ?
Akak kaunter 2 : ic ?
Aku pun bagi ic aku then tunggu akak tuh cek benda entah. tak sampai berapa minit.
Akak kaunter 2 : cip ic rosak. kena tukar ic baru dulu then datang balik
Aku : haa ? tukar ic ? Hmm. okayy thanks :(

terus blah sekali lagi dengan hati yang kecewa. dah dua hari aku ulang alik pergi tempat lesen tuh dengan perasan yang hampa. cehh, ayat aku. tapi serius penat tau ulang alik pergi sana dua hari. walaupun bukan aku yang bawa kereta tapi penat jugak sebab mengadap akak-akak tuh tapi tak dapat hasil. bukannya dekat tempat lesen tuh dengan rumah aku. macam hujung dunia je rasa. fuhh, masa tuh beristighfar jelah banyak-banyak. hmm. mungkin ada hikmah disebalik semua nih. 

balik dari situ terus pergi kedai mak makan sebab lapar. masa pergi tempat lesen just makan snickers je untuk tahan lapar macam iklan kat tv tuh. hahaha. sampai kedai kena bebel pulak dengan mak. sebab dia kalau boley nak aku pergi sekolah naik motor dah tahun depan. dia dah malas nak hantar amik aku. yelah penat weyhh. kalau mak aku suri rumah sepenuh masa tak apalah jugak. nih dia bukak kedai makan. tengah hari ramai orang then sebok nak amik aku kat sekolah lagi. makin-makin next year gerenti banyak tuisyen cikgu buat. lagi penat mak aku, so kesian lah kat dia kan. lama jugaklah mak marah dekat akak-akak kat tempat lesen tadi tuh sebab masa akak sedara dan abang aku dulu pun ic dia rosak jugak tapi boley je amik lesen. abang aku pun cip ic tuh hancur dah, kat sana auntie cina tuh yang cantum kan semula. molek je dia dapat amik lesen. tu yang mak aku hangin satu badan. siapa yang tak marah kan ?

bila fikir balik kalau nak tukar ic dekat Mersing nih mahu sebulan baru boleh dapat. so kitaorang pun ingat nak buat dekat Kluang kalau cepat. tadi pun aku telefon Pejabat Pendaftaran Kluang tanya berapa lama kalau buat ic. dia cakap 1 hari. so kitaorang decide nak buat ic dekat Kluang je sebab cepat. Hope esok tak ada apa masalah lagi, semua berjalan dengan lancar. Insya-Allah dengan izin Allah. Korang doakan semoga aku dapat buat ic dengan cepat then dapat test computer dengan lulus. Aminn :)


NOTE : Setiap yang berlaku itu mesti ada hikmahnya. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Perancangan Allah lebih baik dari manusia :) 


Sabtu, 8 Disember 2012

Cuti Sekolah

Ehemm. Ehemm. Yes ! Aku memang suka update blog sebulan sekali atau lebih kepada bila blog dah berhabuk baru nak update baru. Hahaha tak tahu nak update apa sebenarnya xD Cuti sekolah nih memang boring tahap monyetlah. Tak tahu nak buat apa. Bangun tidur, makan, tengok tv and online sampai lebam . Boringggkan cuti sekolah aku ? Biasalah mak sebok kat kedai and abang pun tolong mak kat kedai sambil tunggu exam STPM dia habis. Aku nih je yang tak reti tolong mak kat kedai ! Hahaha, kesah pulak ? Kau bayangkan tunggu abang habis exam dulu baru holidayy. Cehh, holiday lah sangat pergi Melaka je kot nanti. Ehh, okay lah kan dari tak pergi holiday. Tehee xD tak sabar nak pergi Melaka walaupun bukan first time xD Cehh, bajet dah pergi banyak kali je kan. 

Sebenarnya cuti sekolah nih aku ada jugaklah buat kerja yang berfaedah. Nak tahu apa ? Aku buat brooch + keychain. Alaa, buat bentuk bunga dan bentuk muka haiwan yang entah apa-apa je. Tapi laku tau pekerja mak aku beli. Kehkehkeh. 1 brooch- RM2 kau. Murah jekan xD Hahaha, memang lah murah sebab tak lawa pun. Tapi lately nih aku dah malas nak buat, aku pun tak tahu kenapa. Padahal awal-awal lagi aku punya beria macam nak buka sebuah kedai je tau. Mak pun bagi greenlight suruh buat bebanyak then mak akan jual kat kedai dia. So dapatlah keuntungan kan ? Tapi malas punya pasal jadi angan-angan jelah. Dah sekarang macam kucing hilang anak nak korek tabung nak pergi jenjalan punya pasal takut tak cukup duit. Kalau jual benda-benda tuh semua dari awal mesti dapat kumpul duitkan ? Hampehh aku nih --'

Kayy, stop pasal story yang nyakitkan hati tuh. Hangat-hangat tahi ayam punya angan. Hahaha xD btw pagi tadi aku daftar amik lesen motor. cehh, bajet jakun je kan aku. Ehh, ada kesah ? janji dengan mak pagi tadi pergi daftar pukul 10 pagi. Tapi ngantuk punya pasal aku bangun tidur pukul 10 pagi. Nah mahu bernanah jugak telinga kena bebel nasib pandai cover line. So tak sempat bernanahlah telinga aku nih. Haha, so esok aku kena pergi ceramah pukul 8.30 pagi. Mak aihh, awal gilaa >.< Memang kena set alarm lah jawabnya. Nasiblah esok ada kawan pergi ceramah. Dua orang kawan aku amik lesen jugak sama dengan aku. Nasib baikk. Tak adalah aku macam orang gila nak cari geng esok. Buatnya semua sombong nak mati, mahu terkulat-kulat kat situ. Dahlah aku nih PERAMAH tahap ANTARABANGSA. Kahkahkah. rasa nak muntahkan ? *sila pergi bilik air cepat !! Hope esok taklah aku tidur masa dengar ceramah tuh walaupun perangai aku bukan camtuh. Cehh, bajet baik konon ! Hihihi, and hope dapat kawan baru esok. Amin :*



NOTE : Dikecewakan itu amat menyakitkan tapi kita tetap kena terima hakikatkan. Reda dengan semua ujian yang diberi oleh Allah S.W.T