Rabu, 30 November 2011

Ehh Ular ?

Assalamualaikum ^.^
Ular.. Haiwan yang mempunyai bisa. Semua orang tahu kan ? Korang takot ular ? Mesti ada yang takot punya. Haha, secara jujur aku memang takot kot dengan ular. Bukan apa aku takot kena bisa dia je, tak pasalpasal aku masuk hospital ! Siapa susah ? Family aku jugak kan. Lagipun tengok lahh badan dia ! Ohh, lembik gilaa. Aku pernah jugak lah pegang masa ada pameran kat pantai. Alahai, geliman aku rasa >< Aku rasa aku ikot mak aku kott, mak aku pun takot gila ular ! Inikan ular betul, ular mainan pun dia takot ! Haha, kelakar kann ?
Tapi yang peliknya, masa mak aku mudamuda dulu mak aku ada cerita, dia dulu selalu jumpa ular tapi masa tuh dia tak takot langsung pun. Mak aku dulu duduk kat pulau, yelah orang susah dan kampung pulak kan ? Masa duduk kat pulau dulu, kat situ banyak sangat hutan. Lepas tuh, ada banyak sangat ular. So, kat area rumah mak aku dulu tuh, selalu sangat lahh ular datang. Yelah, nak cari makan kan ? Kat rumah mak aku dulu pulak ada bela ayam. Haa, menjadi-jadi lah ular tuh datang. Mak aku cakap sehari ni berekorekor ular kena bunuh. Cuba korang bayangkan kalau satu hari 5 ekor kena bunuh, darab dengan sebulan 30 hari. Fuhhh, gila banyak ! So mak aku dah lali sangatlahh dengan buang ular, tapi tuh dulu lah. Sekarang tak tahu macam mana dia bole takot dengan ular pulak. Haha xD


Tapi bukan tuh yang aku nak ceritakan sebenarnya, tuh cerita sampingan je. Haha *jangan marah :') Sebenarnya aku nak cerita, tadi masa aku kat kedai mak aku tengah syok lepaklepak ni dengan mak, abang dan pekerja semua. Alihalih jiran kedai aku iaitu kedai makcik aku, kecoh macam tengok sesuatu. Kita orang pun naik pelik lah, lepas tuh mak aku tanya anak makcik aku (akak sedara aku )ada apa kat sebelah tuh. Then, akak sedara aku cakap ada ular. Kita orang punya terkejut ! Haisyy, tak payah cakap lahh. Abang aku pulak jenis tak takot ular, so dia pegi tengok lah. Aku, mak aku dan pekerja mak aku just duduk kedai je. Takot lah katakan. Hihi, Lepas tuh, ada pakcik tuh jolok guna kayu keluarkan barangbarang. Sebab ular tuh nyorok kat sebalik barangbarang tuh. Lepas jolokjolok suruh ular tuh keluar, alihalih dia lari kat belakang kedai makcik aku. Dia nyorok kat bawah  peti ais. Ehh, bayangkan lahh. Punya susah woo. Lepas tuh, abang sedara aku call bomba biar bomba tuh settel kan. Nak dekat setengah jam jugak lahh tunggu bomba datang. Puas kena maki bomba tuh sebab datang lambat. Haha, yelahh tak kan duduk kat Mersing tak tahu kedai makan kompleks niaga mohd aris ataupun nama singkat deret 16 kan ? Mersing ni besar mana je, pusingpusing tuh jugak. 


Lepas bomba datang, caricari kat peti ais tuh ular tuh tak jumpa jugak. Ada sorang pakcik bomba tuh cakap ular tuh dah tak ada. Lepas tuh, dia nak jumpa orang yang buat report tuh, mungkin dia nak salahkan orang yang report tuh kot sebab buat report palsu. Tapi ular tuh memang ada apa, bomba tuh je yang datang lambat so bukan salah kita orang lah kan kalau ular tuh dah lari. Hadoii, kita orang pun hangin lah . Dia dahlah dok tengok macam tuh je lepas tuh nak cakap ular tuh dah hilang. Nak makan gaji buta je. Sekeh kepala pakcik tuh karang baru tahu. Haha xD yang kita orang pelik, ada kucing mainmain kat bawah tuh. Kalau tak ada benda takkan lah kucing tuh nak main kat bawah tuh kan ? Lagipun kucing tuh macam nak tunjuk sesuatu. So, bomba pun pegi sembur redsect. Kalaukalau ada ular, mesti ular tuh pening dan keluar kan ? Lepas sembur redsect tuh, terus dapat ular tuh. Bomba tuh pun bunuh ular tuh. Aku pun penyebok pegi lah tengok macam mana ular tuh, alihalih aku tengok kecik je ular tuh. Haha, kelakar pulak aku tengok ! 


Sebelum dapat ular tuh, ada orang suruh halau je orang tuh. Tapi mak aku cakap, kalau halau nanti mesti dia datang lagi. Lagipun kat area kedai mak aku tuh dah dua kali dah ular datang tau. First, ada ular datang kedai mak aku. Betulbetul kat tepi kaki mak aku, masa tuh mak aku tengah duduk dengan pekerja. Nasib baik ada customer yang makan kat kedai mak aku tuh nampak dan bagitau mak aku. Mak aku pun apa lagi berlari lah sampaikan sebelah selipar mak aku tercicir. Haha, sumpah lawak gila aku dengar mak aku cerita. Masa tuh, aku tak ada kat kedai. Siang aku just duduk kat rumah je, malam baru aku pegi kedai. Haha, mak aku cakap ular tuh warna hitam. Tapi tak tahu lah ular jenis apa, then orang pun halau dia pegi masuk sungai kot. Haaa, sebab tu lahh mak aku tak nak orang halau ular yang tadi tuh. Kotkot dia datang balik kan mana tahu ? Ishh, sisih lah kan.


Lepas selesai masalah tadi, mak aku pun masak nasi gorang kampung untuk kita orang makan. Tengah syok makan beramai, aku lah orang mulamula nak buat lawak bodoh. Aku makan dan rasa lepas tu aku komen masakan mak aku, ikut style macam chef kat dalam Masterchef Malaysia tuh. Haha, abang aku pun ikut join aku sekali. Dah, semua gelak tengok gelagat kita orang. Haha, memang happy gila tadi :') 


#lebih kurang macam ni kot ular tadi. tapi yang tadi lagi kecik sikit. Hehe



Okay, tuh je nak kongsi cerita. Muehahaha xD hope you all enjoy okay :')


Tiada ulasan:

Catat Ulasan