Sabtu, 8 Disember 2012

Cuti Sekolah

Ehemm. Ehemm. Yes ! Aku memang suka update blog sebulan sekali atau lebih kepada bila blog dah berhabuk baru nak update baru. Hahaha tak tahu nak update apa sebenarnya xD Cuti sekolah nih memang boring tahap monyetlah. Tak tahu nak buat apa. Bangun tidur, makan, tengok tv and online sampai lebam . Boringggkan cuti sekolah aku ? Biasalah mak sebok kat kedai and abang pun tolong mak kat kedai sambil tunggu exam STPM dia habis. Aku nih je yang tak reti tolong mak kat kedai ! Hahaha, kesah pulak ? Kau bayangkan tunggu abang habis exam dulu baru holidayy. Cehh, holiday lah sangat pergi Melaka je kot nanti. Ehh, okay lah kan dari tak pergi holiday. Tehee xD tak sabar nak pergi Melaka walaupun bukan first time xD Cehh, bajet dah pergi banyak kali je kan. 

Sebenarnya cuti sekolah nih aku ada jugaklah buat kerja yang berfaedah. Nak tahu apa ? Aku buat brooch + keychain. Alaa, buat bentuk bunga dan bentuk muka haiwan yang entah apa-apa je. Tapi laku tau pekerja mak aku beli. Kehkehkeh. 1 brooch- RM2 kau. Murah jekan xD Hahaha, memang lah murah sebab tak lawa pun. Tapi lately nih aku dah malas nak buat, aku pun tak tahu kenapa. Padahal awal-awal lagi aku punya beria macam nak buka sebuah kedai je tau. Mak pun bagi greenlight suruh buat bebanyak then mak akan jual kat kedai dia. So dapatlah keuntungan kan ? Tapi malas punya pasal jadi angan-angan jelah. Dah sekarang macam kucing hilang anak nak korek tabung nak pergi jenjalan punya pasal takut tak cukup duit. Kalau jual benda-benda tuh semua dari awal mesti dapat kumpul duitkan ? Hampehh aku nih --'

Kayy, stop pasal story yang nyakitkan hati tuh. Hangat-hangat tahi ayam punya angan. Hahaha xD btw pagi tadi aku daftar amik lesen motor. cehh, bajet jakun je kan aku. Ehh, ada kesah ? janji dengan mak pagi tadi pergi daftar pukul 10 pagi. Tapi ngantuk punya pasal aku bangun tidur pukul 10 pagi. Nah mahu bernanah jugak telinga kena bebel nasib pandai cover line. So tak sempat bernanahlah telinga aku nih. Haha, so esok aku kena pergi ceramah pukul 8.30 pagi. Mak aihh, awal gilaa >.< Memang kena set alarm lah jawabnya. Nasiblah esok ada kawan pergi ceramah. Dua orang kawan aku amik lesen jugak sama dengan aku. Nasib baikk. Tak adalah aku macam orang gila nak cari geng esok. Buatnya semua sombong nak mati, mahu terkulat-kulat kat situ. Dahlah aku nih PERAMAH tahap ANTARABANGSA. Kahkahkah. rasa nak muntahkan ? *sila pergi bilik air cepat !! Hope esok taklah aku tidur masa dengar ceramah tuh walaupun perangai aku bukan camtuh. Cehh, bajet baik konon ! Hihihi, and hope dapat kawan baru esok. Amin :*



NOTE : Dikecewakan itu amat menyakitkan tapi kita tetap kena terima hakikatkan. Reda dengan semua ujian yang diberi oleh Allah S.W.T 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan