Khamis, 12 September 2013

SPM Candidate

Assalamualaikum

Okay last post tahun lepas bulan dua belas. Now dah bulan sembilan. Korang pandai Math Mod kan ? Okay kira sendiri berapa bulan dah aku tak update blog. Kalau malas takyah kira, abaikan. HAHA :D okayy malas nak bebel lama sangat tak update. Sekarang umur aku dah enam belas tahun sembilan bulan tujuh hari. Bulan sepuluh nanti genaplah tujuh belas tahun. Bermakna tahun nih aku SPM lebih kurang satu bulan je kot tolak tambah bahagi darab dengan cuti semua. Haha xD Start exam 6/11/2013 :'< Sekejapnya masa berlalu. Macam semalam aku baru masuk sekolah menengah. Teringat masa form one. Nerd sangatt !! Hahaha, kalau ingat balik memang kelakar gila seyh.

Kadang-kadang aku macam tak percaya aku boleh cari dan dapat kawan masa tu. Sebab kawan masa sekolah rendah semua tak satu sekolah dengan aku. Diorang semua sekolah lain. Aku je tercampak kat sekolah yang aku sekolah nih. Yang ada pun semua kawan yang aku tak rapat. Alhamdulillah lah masa masuk tu jumpa kawan, masa orientasi pun dapat kawan rapat tapi sekrang tak rapat dah. Hihi, biasalah dah lain kelas dan amik aliran lain kan. Tapi lepas orientasi, ada kawan sekolah rendah masuk sekolah aku tu sebab diorang mohon masuk. Biasalah sekolah aku tu nak budak cerdik pandai je tapi aku tak lah pandai mana tapi alhamdulillah. Cuma MALAS banyak sangatt -,-

Bila fikir balik tak nak habis spm lagi. Nak ulang balik masa form one, form two semua. Rindu waktu budak-budak dulu. Ingat lagi masa form two. Tahun paling nakal. Setiap kali perhimpunan mesti nama kelas kitorang akan disebut sebagai kelas paling bising. Masa tuh pulak kelas aku ramai jugak dan semua satu kepala, baik lelaki baik perempuan. Masuk je, hahaha. kalau time nak rehat mesti kelas kitorang rehat lambat sebab dilepaskan lambat. dan subjek naik rehat pulak mesti bahasa inggeris. aku dengan geng aku *perempuan sahaja mesti akan masuk lambat. Kitorang lepak dekat bilik air lah, dengan belakang bangunan sekolah. Tapi selalunya lepak bilik air. Bila otw nak naik kelas, mesti bincang kat tangga tepi kelas sebab kelas kitorang tingkat tiga, so sempat lah buat alasan macam-macam. Contohnya, tolong Pak Din *pakcik kebun sekolah pindahkan pasu bunga lah, tolong cangkul tanah lah, macam-macam alasan kitorang buat. memang kelakar tapi bila sir tanya kitorang tak jawab pun, just bagitau tadi makan lambat. Hahaha

Kitorang pun pernah buat cikgu merajuk dan sakit hati dengan kitorang. Time tu tahu nak enjoy je sampai tak buat homework. Kalau yg buat pun berapa orang je, tu pun acah-acah baik je. Hahaha, tapi tahun tuh lah paling nakal bagi kitorang. Start form three, geng kitorang berpecah sebab cikgu buat dua kelas senang nak ajar sebab nak pmr kan. Tapi tetap kawan cuma tak rapat sangat. Biasalah bila tak satu kelas, mula ada fitnah macam-macam kan. Mulut orang biasalahh, dugaan jugak tahun tu. Tapi dah nama pun sahabat, walau gaduh macam mana sekali pun tetap berbaik jugak. Macam adik beradik lah, gaduh-gaduh baik jugak. Sampailah sekarang persahabatan kitorang masih terjalin. Alhamdulillah, aku harap hubungan ini terus terjalin walaupun kami jarang berjumpa dah lepas spm nih. Aku sayang sahabat aku, aku sayang hubungan kita. Dah lama kita kawan, nak dekat lima tahun. Ada yang lebih lima tahun. Rasa nak muntah darah dah tengok muka diorang tiap hari. Hahaha xD kayy gurauu xP

Sekarang tahun 2013. Tahun SPM kitorang. Harap kitorang semua dapat jawab exam dengan tenang dan dipermudahkan. Korang pun tolong doakan kitorang ye. Hihi, harap jugak kitorang dapat keputusan yang cemerlang lagi terbilang. Amin :) Good luck jugak kepada semua budak spm 2013. Buat yang terbaik, insya-Allah dapat keputusan yang cemerlang. Sama-sama berusaha dan berdoa. 

#throwback gambar raya tahun nih. baju kitorang ada yg skema. 
Malas pakai baju raya sebab tak kena tudung sekolah baju peplum. 
Memang lawak antarabangsa dah tu. Hahaha
Okay nih geng kitorang dulu, kini dan selamanyaa. Insya-Allah
Friendship till jannah. S.M.S Forever Forteen <3

 
NOTE : Berusaha untuk mencapai kejayaan. Seandainya tidak berjaya jangan berputus asa. Insya-Allah pasti ada jalan penyelesaian dan mungkin itu lebih baik daripada apa yang kita inginkan sebelum ini :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan